top of page

Kontraktor Rumah VS Tukang, Bila masa kita perlukan tukang & Bila masa kita perlukan kontraktor?

 

Ada tips yang bagus untuk bantu buat pilihan

​

  1. Acap kali apabila kita perkatakan untuk baiki rumah, renovasi atau membina rumah sendiri, ramai yang memberi pendapat untuk hanya guna tukang kerana lebih jimat dan ada juga yang mengatakan guna kontraktor untuk lebih terjamin.

  2. Sebenarnya kita memerlukan kedua-duanya bergantung kepada kerja yang ingin dibuat, bajet dan masa kita.

    Sebelum pergi lebih jauh, lebih baik kita mengenali dulu istilah tukang dan kotraktor.


 

Siapa tukang? 

 

  1. Tukang adalah orang yang mahir dalam kerja pertukangan, maka dalam istilah kita ini adalah mereka yang mahir dalam menukang rumah.

  2. Sebenarnya terdapat banyak kategori tukang rumah dan tiada tukang yang mahir dalam semua kerja bak pepatah inggeris, "a man who master everyhting is a man who master nothing"

  3. Antara jenis jenis tukang adalah

    • Tukang kayu.

    • Tukang besi.

    • Tukang plaster.

    • Tukang batu.

    • Tukang tile.

    • Tukang cat.

    • Tukang siling.

    • Tukang paip.

    • Dan pelbagai jenis dan kemahiran yang lain lagi.
       

  4. Kita perlukan semua tukang ini bagi menyiapkan sesuatu kerja.Tukang boleh terdiri dari warga tempatan dan juga asing.

    Bagi pekerja asing kebanyakkan mereka terikat dengan permit kerja dengan syarikat kontraktor tempatan. Ada juga diantara mereka yang mendapat permastautin tetap.

  5. Tetapi, terdapat agak ramai antara mereka adalah PATI (pendatang asing tanpa izin). Jadi hati-hati ya sebab tak berbaloi menanggung risikonya.

  6. Sekarang ni kita lihat dulu bidang kerja kontraktor. Sebut tentang kontraktor, siapa yang terbayang "Phu Chu Kang" dalam kepala?

 

Siapa kontraktor?

 

Kontraktor akan memastikan projek pelanggannya berjalan lancar

  1. Kontraktor adalah mereka yang berdaftar dengan pihak CIDB atau mana-mana badan berwajib yang berkaitan dan keperluan lesen mereka adalah dibawah selia oleh badan-badan berwajib tersebut.

  2. Sama seperti tukang, kontraktor juga terdapat pelbagai jenis. Contohnya 

    • Kontraktor bangunan/awam dibawah seliaan CIDB.

    • Kontraktor elektrikal dibawah seliaan JBE.

    • Kontraktor paip.

    • Dan juga sistem kumbahan dibawah seliaan SPAN.

  3. Sama juga seperti  tukang, kita akan perlukan kontraktor-kontraktor ini bagi menyiapkan sesuatu kerja.

    Terutama sekali bagi kerja pembinaan rumah atau projek perumahan. Jadi, tukang dan kontraktor melakukan kerja yang hampir sama.

  4. Mengapa perlu ada kontraktor dan tukang? Jika lihat pada kerja, tugas kedua duanya adalah lebih kurang sama.

    Tetapi kontraktor secara kebiasaan akan melakukan skop kerja yang luas dan tukang kebiasaannya adalah sebahagian pekerja bagi kontraktor atau melakukan skop kerja yang kecil.

  5. Jarang sekali kontraktor yang boleh membuat kerja tukang. Ibarat seperti seorang jurutera automotif, belum tentu dia mampu membaiki kerosakkan kereta yang direkabentuk oleh dirinya sendiri.

 

Jadi mengapa perlukan kontraktor?

 

Kelebihan menggunakan khidmat kontraktor untuk membina rumah idaman keluarga kita

  1. Kontraktor adalah berdaftar dan dikawal selia oleh badan kerajaan

  2. Tetapi tidak pada tukang. Sekiranya berlaku sesuatu insiden, kita tidak boleh menyaman atau menuntut sesuatu daripada seorang tukang.

 

Adakah saya memerlukan kontraktor untuk kerja binaan yang ingin saya buat? Saya hanya ingin bina bangsal sahaja"

​

  1. Kita sebenarnya boleh menentukan sama ada benar benar memerlukan tukang atau pun syarikat kontraktor bagi kerja binaan yang ingin kita buat. 

  2. Bagi kerja bersaiz kecil dengan risiko yang rendah, melantik kontraktor tidak memberi nilai tambah kepada kita. 

    • Kerja binaan tersebut adalah ringkas.

    • Tidak memakan masa. 

  3. Jika kita dah fikir masak masak dan akhirnya buat keputusan menggunakan khidmat tukang. Kita boleh sama ada

    • Menggajikan mereka.

    • Atau memberi mereka harga secara pukal (lump sum) untuk kerja binaan tersebut. 

  4. Kalau kita malas memikirkan semua itu atau tiada masa, kita boleh melantik kontraktor.

    Semak kontraktor tersebut di website CIDB sama ada mereka kontraktor yang sah atau tidak. 

     

    Wajib semak status kontraktor di laman web rasmi CIDB Malaysia

  5. Dinasihatkan bagi kerja pendawaian elektrikal, dapatkan  khidmat mereka yang berdaftar. Jangan sesekali kita membenarkan mereka tidak bertauliah yang melakukan kerja tersebut dan jangan kedekut dalam kerja pendawaian.

    Bak kata pepatah "Benda yang elok tidak murah dan benda yang murah tidak elok".

Siapa yang ada tanah sendiri, mesti akan bertanya soalan di bawah.

​

 

Saya ingin membina rumah dia atas tanah sendiri, adakah saya memerlukan kontraktor atau tukang?

  1. Pilihan terletak 100% di tangan kita, sekiranya kita mempunyai bajet dibawah RM150,000 lebih baik untuk memilih opsyen menggunakan tukang. Tetapi jika kita mempunyai bajet besar, misalnya RM 1 juta. Menggunakan khidmat tukang adalah tidak masuk akal. 

  2. Mengapa saya mengatakan begitu? saya akan jelaskan kemudian. Ini sebabnya, jika kita memilih tukang pastikan tukang kita biasa menjadi kepala atau ketua.
    Ini kerana kepala kerja boleh membahagikan tugas diantara mereka. Tukang biasa tidak mahir dalam pembahagian kerja.
    Dia hanya tahu melaksanakan kerjanya sahaja. Cuba bayangkan, "Sebuah kapal yang tiada nakhoda memegang kemudinya".Itulah ibaratnya projek yang diserahkan kepada tukang yang tidak layak.

  3. Pastikan juga tukang kita adalah seorang yang sah bekerja di Malaysia. Kita pasti tidak mahu akan ada masalah dengan pihak berkuasa kerana mengajikan PATI.
    Apabila kita mengajikan mereka, segala kebajikan mereka dan semua keperluan kerja mereka berada dibawah tanggungjawab kita.

  4. Sekiranya kita benar benar ingin berjimat, jadi jangan merungut jika hasilnya kurang memuaskan dari yang kita mahu. "If you pay peanuts, You get monkeys"
    Anda dapat apa yang kita bayar dan disinilah yang saya katakan jika kita mempunyai bajet yang besar, jangan sesekali mengambil risiko mengajikan tukang.
    Guna khidmat kontraktor yang bertauliah untuk memudahkan kita dan hasil yang lebih memuaskan

 

Saya nak buat rumah dari pembiayaan bank, tukang atau kontraktor yang perlu saya pilih?

 

  1. Jika rumah kita adalah dengan pembiayaan bank, rumah tersebut memerlukan CF/CCC (certificate of fitness atau certificate of completion and compliance). Keperluan CCC tidak boleh dipenuhi oleh tukang.

    Anda sememangnya memerlukan kontraktor bertauliah bagi menjalankan kerja binaan.

  2. Sekiranya kita berbajet besar, adalah satu kerugian jika tidak mendapatkan CCC. Tetapi, sama juga seperti tukang anda yang tentukan sama ada kita memerlukan CCC atau tidak.

    Kisah lanjut mengenai CCC, akan saya kupas dalam artikel yang lain.

 

Kelebihan dan kekurangan menggunakan khidmat kontraktor serta tukang

Bagi memudahkan kita membuat penilaian, saya sertakan poin di bawah.
 

Kelebihan tukang

  1. Kos lebih jimat.

  2. Anda boleh memilih tukang kita sendiri.

  3. Boleh tambah-tambah kerja tanpa perlu sebarang sebutharga.

  4. Anda berkuasa ditapak.

Kekurangan tukang

  1. Tiada jaminan waranti.

  2. Tiada sebarang kontrak.

  3. Hasil kualiti di tentukan oleh tukang.

  4. Tiada jaminan tukang akan siapkan kerja mengikut masa ditetapkan, keperluan barang adalah tanggungjawab kita.

  5. Tukang boleh mengugut kita untuk tidak siapkan kerja tanpa sebab munasabah atau meminta bayaran awal sebelum kerja disiapkan.

  6. Jika kita memerlukan khidmat profesional (arkitek, jurutera, ID, pendawaian sistem keselamatan, dll), tukang tidak boleh penuhi tuntutan tersebut atau kerja bersama mereka.

  7. Tapak binaan adalah tanggungjawab kita, sebarang masalah ditapak adalah urusan kita.

Sekarang kita dah jelas dengan baik & buruk khidmat tukang. Bagaimana pula dengan kontraktor.

 

Kelebihan Kontraktor

  1. Segalanya bertulis, kita mempunyai kontrak kerja yang dilindungi undang-undang.

  2. Lebih profesional dengan ada staf-staf yang boleh membantu kita dalam membuat pemilihan serta khidmat nasihat

  3. Boleh bekerjasama dengan pihak profesional lain. 

  4. Perjalanan kerja lebih teratur dengan pemantauan dan penyeliaan tapak

  5. Pembayaran adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui .

  6. Ada jaminan waranti dengan khidmat selepas jualan.

  7. Masalah ditapak bukan tanggungjawab kita, kita tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti di tapak.

Kekurangan Kontraktor

  1. Anda tidak berkuasa ditapak, pekerja ditapak dibawah arahan kontraktor yang telah kita lantik.

  2. Anda tidak boleh menukar kerja sewenang-wenangnya, segalanya telah termaktub di dalam kontrak

  3. Kos yang lebih tinggi. Mereka ada staff yang perlu dibayar gaji, pejabat yang perlu disewa.

 

Kesimpulan

  1. Pilihan sebenarnya terletak ditangan kita. Jika kita rasa boleh mengambil alih tugas kontraktor kerana risiko yang kecil, lebih sesuai untuk kita terus mengajikan tukang.

  2. Hati-hati dengan keputusan kita, kontraktor juga ramai yang tidak bertauliah dan tidak profesional. Kesilapan kita memilih kontraktor boleh menyebabkan kita kerugian. 

  3. Jangan hanya letakkan pada kos sahaja, bagi menilai sesuatu syarikat kotraktor yang baik kita akan kupaskan dalam artikel yang lain nanti.

bottom of page