top of page

Perkhidmatan

1.jpg
Kontraktor Pembinaan

AT Property Solution Trading  adalah syarikat kontraktor pembinaan milikan Bumiputera 100% dan menyediakan perkhidmatan membina bangunan, rumah kediaman dan pembaikan struktur khususnya di dalam negeri Terengganu. Perkhidmatan-perkhidmatan kami yang lain juga ialah menyediakan arkitek dan struktur untuk tugas-tugas reka bentuk serta pembekalan dan peruncitan bahan-bahan binaan dan bahan mentah kepada syarikat-syarikat pembinaan.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Jika ada memiliki tanah sendiri, anda boleh menghubungi AT Property Solution untuk membina rumah idaman anda. Kami menawarkan harga serendah RM85 sekaki untuk membina rumah dengan syarat-syarat yang tertentu dan spesifikasi bangunan yang sesuai.

Lukis Pelan dan Khidmat Guaman
Kerja-kerja kejuruteraan Awam

AT Property Solution Trading juga menyediakan perkhidmatan melukis pelan rumah mampu milik dan rumah idaman anda. Pengalaman dari pelukis pelan di syarikat AT Property Solution dari binaan sebelum ini membantu anda untuk mendapat kepuasan yang maksimum dalam memiliki rumah idaman anda. Kami juga akan menyediakan dan menyelesaikan dokumen yang diperlukan untuk khidmat guaman.

Perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan awam adalah meliputi kerja dari  tugas merekabentuk bangunan sehinggalah selesai proses pembinaan rumah anda.

Kerja Elektrikal

AT Property Solution Trading menawarkan perkhidmatan dengan melaksanakan kerja-kerja yang melibatkan kendalian dan senggaraan pepasangan elektrik setiap binaan rumah .

bottom of page